9.3.09

KENANGAN BERSAMA SMK SERI JENGKA




SALAM. ALHAMDULILLAH DAN JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA GPSM CAWANGAN UDM KERANA MEMJEMPUT SAYA SEBAGAI FASILITATOR UNTUK PROGRAM PROSMI DI SMK SERI JENGKA PAHANG. STRAIT THE POINT. KEPADA ADIK-ADIK KUMPULAN 7 @ KUMPULAN IMAM MALIK YANG ABANG DAUS MERUPAKAN FASI KUMPULAN ANDA. APA YANG ABANG INGIN KATAKAN ATAU HARAPKAN IALAH ADIK-ADIK HARUSLAH BERSYUKUR DENGAN KELEBIHAN YANG TELAH DIBERIKAN OLEH ALLAH IAITU ADIK-ADIK DIBERIKAN KEPANDAIAN YANG TIDAK DIKECAPI OLEH SEMUA ORANG TERMASUK ABANG DAUS SEKALI TIDAK DAPAT MENGECAPINYA. JADI BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK ADIK-ADIK MENSYUKURI NIKMAT ALLAH INI. INGAT TAK LDK YANG KITA BENTANG DI KANTIN. IAITU ANAK SOLEH. BESAR HARAPAN ABANG ADIK-ADIK DAPAT JADI ANAK YANG SOLEH SEPERTI YANG TELAH SAMA-SAMA KITA BINCANGKAN DALAM KUMPULAN. DAN AMAT-AMATLAH ABANG BERHARAP ADIK-ADIK DAPAT JADI HAMBA ALLAH YANG SOLEH.KHUSUSNYA KEPADA ADIK-ADIK MUSLIMAT. ADIK-ADIK PERLU BERSYUKUR KERANA BERSEKOLAH ATAU MENDAPAT PENDIDIKAN DI SMK SERI JENGKA. KERANA APA YANG ABANG LIHAT SEKOLAH NI MENDIDIK PELAJAR MUSLIMATNYA BERPAKAIAN YANG DITUNTUT SYARAK @ISLAM DENGAN TUDUNG LABUHNYA. ABANG HARAP ADIK-ADIK MUSLIMAT TERUSKANLAH DENGAN PEMAKAIAN YANG DIAJAR WALAUPUN SUDAH TIDAK BERSEKOLAH LAGI. JIKA PERLU CARILAH ILMU DALAM BERPAKAIN BAGI MUSLIMAT YANG MENGIKUT SAYARK @ ISLAM. KEPADA ADIK IDHAM YANG MERUPAKAN PESERTA TUNGGAL MUSLIMIN DALAM KUMPULAN JUGA BERUSAHALAH MENJADI ANAK DAN HAMBA YANG SOLEH. JIKA ADIK TAK TERLIBAT LAGI DENGAN ROKOK, ALHAMDULILLAH. JANGANLAH SESEKALI ADIK MEROKOK. JIKA DAH TERCEBAK, USAHALAH PERLAHAN-LAHAN UNTUK MENINGGALKANNYA. CUBALAH ADIK-ADIK BERFIKIR SEJENAK, APA GUNANYA KITA MENJADI ORANG YANG BERJAYA DIDUNIA, MENDAPAT PUJIAN DAN SANJUNGAN DARIPADA SEMUA MANUSIA, SEDANGKAN SEMUA KEJAYAAN YANG DIKECAPI MERUPAKAN ANUGERAH DARIPADA ALLAH. SEBAGAI HAMBA WAJIBLAH KITA MENSYUKURINYA. ABANG DAUS SENTIASA MENDOAKAN KEJAYAAN ADIK-ADIK DI DUNIA DAN JUGA AKHIRAT.

SALAM SAYANG SEORANG ABANG KEPADA ADIK-ADIK

5.3.09

MEMBINA PERSONALITI MUSLIM SEJATI

Setiap ajaran ada pengasasnya tetapi tidak pada Islam. Islam bukan ajaran yang diasaskan oleh baginda Rasulullah SAW ketika berkhulwah ( bersendirian ) di Gua Hira’ sepertimana dakwaan orientalis tetapi Islam adalah agama iaitu cara hidup yang diredhai di sisi Allah. Buktinya ialah Surah Ali Imran ayat 19 : “ Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam ” manakala bukti keredhaan Allah pada cara hidup Islam pula ialah Surah Al Maidah ayat 3: “Dan aku ( Allah ) telah meredhoi Islam kepada kamu sebagai satu cara hidup”.

Rasulullah SAW adalah rasul ( utusan ) tuhan yang menyampaikan kepada umat segala perihal kehidupan. Bermula dari sekecil perkara seperti thaharah ( bersuci ) hinggalah sebesar-besar perkara seperti hukum-hakam pemerintahan sesebuah negara. Baginda hanyalah menyampaikan apa yang diperintahkan. Baginda juga adalah role mode sepanjang zaman. Penampilan imej yang baginda tonjolkan adalah gambaran lengkap seorang personaliti muslim yang sejati. Itulah sumber ikutan dan inspirasi kita selaku penganut agama Islam.

'Di mana bumi dipijak di situ Islam dijunjung'. Inilah perumpamaan yang tepat bagi seorang mukmin sejati yang telah bersumpah di hadapan Allah setiap kali mendirikan solat membuat pengakuan untuk menjadikan solat, ibadah, hidup dan matinya adalah untuk Tuhan Pencipta A’lam. Mukmin yang setia dengan janjinya kepada Allah dan setia bahawa Muhammad itu adalah ikutannya. Pegangannya tidak berubah malah tetap menuruti hukum Allah dan petunjuk rasulNya walau apa jua yang menimpa.

Barangkali inilah yang cuba digambarkan oleh 3 orang anak muda mukmin yang tegas, tetap dan tidak berganjak dari prinsip berpakaian seorang muslim iaitu pemakaian serban walaupun mereka dikenakan hukuman buang sekolah. Mungkin jua inilah yang cuba dijelaskan oleh seorang guru yang telah bertindak menggunting sedikit tudung pendek pelajarnya yang tidak mematuhi arahan bertudung labuh di sekolah walaupun guru tersebut terpaksa berhadapan dengan hukuman ditukarkan ke sekolah yang lain. Persoalannya hanyalah satu tiada duanya, kenapakah pengamalan Islam tidak ditekankan dengan kukuh malah Islam tidak dibiarkan bebas diamalkan di Negara Islam Malaysia yang berteraskan Islam Hadhari ini?.

Sudah pasti persoalan ini akan menjadi bertambah misteri apabila ajaran musuh Allah pula dibiarkan berkuasa sedangkan remaja Muslim dibiar sengsara akhlak dan sosial mereka. Sikh bebas berserban ala ajaran mereka. Budaya Kuning anjuran Yahudi dan Nasrani seperti Punk dan Hippies yang tidak bertuhan pula bebas meragut budi bahasa milik budaya orang-orang timur. Pemakaian ketat yang menampakkan susuk tubuh dengan baju Body-fit tidak dikenakan tindakan. Budaya Season dan Dirty yang menonjolkan imej kotor dan lusuh berlambak di setiap pasaraya langsung tidak dikenakan sebarang penguatkuasaan. Bukankah semua ini adalah racun yang akan merosakkan penjanaan seorang personaliti muslim seterusnya meranapkan gagasan negara melahirkan modal insan berkualiti.

Islam tidak membiarkan umatnya hilang pedoman dalam mencari etika berpakaian. Rasulullah SAW adalah model personaliti muslim yang sejati manakala Ummahatul Mukminin (ibu bagi orang-orang mukmin) seperti Saidatina A’isyah pula adalah cermin penyuluh diri bagi muslimah. Gaya ketrampilan diri akan kelihatan lebih menarik jika sunnah ini dijadikan pegangan. Rasullullah SAW telah menggariskan panduan – panduan asas berpakaian dalam menjana personaliti seseorang muslim. Antaranya ialah pakaian mestilah yang menutup aurat iaitu (bahagian tubuh yang wajib dilindungi dari pandangan ajnabi) bukannya menutup kulit atau ketat, pakaian mestilah tidak menyerupai agama lain seperti bow, pakaian topi Yahudi, pakaian sami Budhha, pakaian paderi Kristian atau pakaian Sister Kristian, pakaian mestilah dari sumber yang halal dan suci pada pandangan syarak bukan dari sutera asli atau emas bagi lelaki dan janganlah keterlaluan berpakaian sehinggakan menjerumuskan pemakainya ke lembah pembaziran dan mendedahkan tubuh kepada kebinasaan dek kerana mengikut tunjuk ajar Syaitan.

Selain itu sebagai tanda kasih baginda kepada ummatnya Baginda turut menggalakkan umatnya mengamalkan nilai-nilai tambah dalam menonjolkan lagi personaliti seorang muslim. Bertutup kepala (kopiah), berserban, bercincin di jari kelingking, berwangi-wangian serta mengutamakan pakaian putih kerana ia adalah warna suci fitrah insani dan memakai warna hijau kerana ia adalah warna syiar agama Islam dan warna pakaian ahli Syurga seterusnya ialah menyimpan janggut serta menipiskan misai.

Sesungguhnya manusia amat suka berbangga dengan apa yang dipakainya dan akan sentiasa menuruti segala jenis pemakaian sesiapa yang dicintainya. Itulah realiti sebuah percintaan. Pasangan yang asyik bercinta akan sentiasa taat mengikuti kehendak pasangannya. Mukmin yang mencintai rasulnya akan menuruti segala sunnah baginda sehinggalah dalam etika berpakaian. Sudah tentulah hasil daripada mencintai rasul ialah bersama baginda di tempat istimewa di Syurga sana. Seseorang itu akan bersama dengan sesiapa yang dicintainya pada hari akhirat – maksud hadis. Cara berpakaian juga akan melambangkan ketaatan seseorang kepada agamanya. Bahkan seruan Islam dalam berpakaian adalah terlalu jauh. Bukan sahaja untuk menampilkan ketrampilan diri agar lebih anggun bahkan diganjari pahala kerana menjulang ketaatan tuhan. Bukankah dengan berpakaian kita akan lebih mudah dikenali sebagai seorang muslim sejati.

Penjanaan personaliti muslim sejati hanya akan dapat direalisasikan apabila sunnah baginda Rasulullah SAW dilaksanakan secara total tanpa ada diskriminasi. Integrasi antara gaya penampilan diri mengikut sunnah baginda dan akhlak mulia pastinya akan membuahkan masyarakat yang kaya dengan budi bahasa seperti mana yang diharapakan semua. Hayatilah pujian Allah kepada kekasihnya dalam Surah Al-Ahzab ayat 21 "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak mengingati Allah".

2.3.09

Bisikan Iman Dalam Muhasabah Diri

Sekali sekala dalam tafakurmu,
Merenung dan muhasabah diri...
Kenalkanlah bisikan-bisikan yang berdesir di hatimu
Untuk dikenali punca dan penyakitnya,
Dan seterusnya untuk kau ubati.

Pasangkanlah telinga batinmu,
Dengarkanlah cetusan keluh kesah,
Ataukah kagum, bangga dan megah
Dan seribu satu kehendak dan rungutan,
Yang jarang merendahkan hatimu
Untuk sujud penuh kehambaan,
Ke hadrat Tuhan….

Inilah petanda jiwamu berpenyakit,
Dimamahi ulat-ulat mazmumah
Kerana hatimu kini dikuasai nafsu
Yang membusukkan hati,
Memburukkan perilaku.
Ubatlah ia dengan mujahadah,
Agar ia pulih ke tahap mahmudah.

Kemudian berusahalah memiliki iman,
Yang kau dituntut atasnya selepas Islam,
Akan terubatlah penyakitmu dengan kaedah:
"ketahuilah, bahawa dengan mengingati
Allah itu, hati akan menjadi tenang."
-Ar Raad : 28.
Lantaran iman itu ialah…
Punca tenaga, tempat lahirnya
Segala- gala yang kau perlukan dalam hidup,
Mencipta jua meletakkan jiwamu,
Dalam keadaan yang serba sempurna.

Imanlah sebenar-benar hartamu,
Yang akan memperkayakan jiwamu.
Hatimu, akan memandang dunia ini
Tepat pada hakikatnya:

Hanyalah bangkai….
Dan hiburan yang memperdayakan
Kau pastinya tidak akan merelakan,
Dirimu menjadi anjing pemburu.

Iman ialah kekuatan
Menjadikan kau optimis dengan takdir Tuhan,
Tidakkan pernah berputus asa,
Tidak mengenal erti kecewa.
Bahkan jiwa akan kebal menempuh rintangan
Bersemangat kental meneruskan perjuangan.
Takutmu hanya pada Allah jua
Atau apa-apa yang bakal mencacatkan
hubunganmu dengan Tuhan.

Maka dikala itu pula
Iman akan mendidikmu menjadi insan
Yang berakhlak mulia dan berhemah tinggi.
Tidak merelakan perlakuan mungkar,
Peka kepada kebajikan sekalipun sekadar
Membuang duri dari jalanan….

Iman jualah…
Sahabatmu yang karib lagi setia
Yang akan sentiasa bersamamu
Dalam suka ia akan mengingatkan…
"bersyukur dengan rahmat Tuhanmu…"
dalam duka, ialah penenang
"berserahlah kepada Allah, inilah tarbiah
tanda kasih-Nya dan penghapusan dosamu yang lalu."

Ia akan membimbingmu kepada
Kebahagiaan hidup yang engkau harap-harapkan,
Tiadakan tergugat, seberat manapun dugaan.
Segalanya tenggelam , dalam kemanisan rasa
Ujian bagimu adalah penyubur jiwa.
Bahkan mati sekalipun,
Adalah syarat untuk menemui cinta!
Lantaran bagi mukmin sejati
cintanya hanya untuk Tuhan dan
ujian dariNya adalah cenderamata percintaan.

Iman jualah yang bakal mengawalmu
Dari serangan musuh lahir dan batin.
Hati yang beriman akan bertawakal
Dengan bantuan Allah yang dijanjikan…
"sesungguhnya Allah beserta orang- orang yang beriman."
Ingatan-Nya pula dijadikan `guide line'
Dalam mengenal kawan atau lawan.
Hatimu akan sentiasa berwaspada
Dengan bisikan nafsu jahat yang penuh tipu daya

Ahli sufi sering bermadah:
Kiranya kau miliki iman, sesungguhnya kau
Telah memiliki segala – galanya pula…"

Dan dihujung tafakurmu nanti,
Akan kau temui untuk seterusnya dimengerti;
Imanlah yang akan memuliakan darjatmu
Selaku; khalifah Allah di muka bumi,
Bukan insan yang berperi kebinatangan
Yang mengotorkan bumi dengan kemungkaran.
Ya, hanya Iman Penyelamat…
Di hari kiamat, harta dan anak pinak
tidak berguna lagi, kecuali orang- orang yang
mengadap Allah dengan hati yang sejahtera
bersih dan beriman…"
- Asy Syua'ara 88-89


Daripada Madah Tuan Guruku
untuk daku meneruskan perjuangan fisabililah kepada anda semua.
Hidup ini hanya sementara...
Bersediakah kita untuk menemuiNya..
cukupkah amalan kita untuk dipersembahkan kepadaNya..

Kesemua jawapan ini adalah tersembunyi..
Keikhlasan kita adalah ukurannya
Hanya dengan RAHMATNYA dipersilakan kepada anda
masuk ke pintu syurga...
Kita adalah hamba...
Hamba wajib bertaqwa...
Dengan beribadah sepenuh masa.

Ya Allah Ya Tuhan ku..
Pimpinkanlah daku kejalan yang benar...
Dan peliharalah daku dari azab api neraka..
Maha Suci Tuhan..
Kepada Mu jua daku berserah...
Berusaha, Redho dan bertawakal.
Amin.

SEJAHAT MANA IBU BAPA WAJIB DITAATI

KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

HIDUP BERKAT JAUHI MAKSIAT


Di Dalam Hidup Manusia, Yang Penting Ialah BERKAT.
Bila Hidup Kita Berkat, Diri Ini Akan Selamat.
Apabila Diri Selamat, Rumahtangga Jadi Sepakat.
Apabila Rumahtangga Jadi Sepakat, Masyarakat Jadi Muafakat.
Apabila Masyarakat Jadi Muafakat, Negara Kita Menjadi Kuat.
Apabila Negara Menjadi Kuat, Negara Luar Jadi Hormat.
Apabila Negara Luar Jadi Hormat, Permusuhan Pun Tersekat.
Apabila Permusuhan Tersekat, Pembangunan Pun Meningkat.
Apabila Pembangunan Pun Meningkat, Kemajuan Menjadi Pesat.

TETAPI AWAS, Apabila Pembangunan Meningkat, Kemajuan Menjadi Pesat,
Kita Lihat Bangunan Naik Bertingkat-Tingkat.

Ditengah-Tengah Itu, Tempat Maksiat Tumbuh Macam Kulat.
Apabila Tempat-Tempat Maksiat Tumbuh Macam Kulat,
KETIKA ITU Manusia Mula Mengubah Tabiat.
Apabila Manusia Telah Mengubah Tabiat,
Ada Yang Jadi Lalat Ada Yang Jadi Ulat.
Apabila Manusia Dah Jadi Ulat, Sembahyang Makin Hari Makin Liat.
Apabila Sembahyang Jadi Liat, Orang Baik Ada Yang Bertukar Jadi Jahat.
Apabila Orang Baik Bertukar Jahat, Orang Miskin Pula Nak Kaya Cepat.
Apabila Orang Miskin Nak Kaya Cepat, Orang Tua Pula Nak Mati Lambat.
Apabila Orang Tua Nak Mati Lambat, Tak Dapat Minum Madu Telan Jer La Minyak Gamat.


Yang Lelaki, Budak Budak Muda Pakai Seluar Ketat.
Semua Nak Tunjuk Kuat.
Bila Berjudi, Percaya Unsur Kurafat.
Tapi Hidup Pula Yang Melarat.
Tali Kasut Dah Tak Berikat.
Rambut Pun Jarang Sikat.



Yang Perempuan, Pakai Mini Sekerat.
Suka Pakai Baju Ketat.
Suka Sangat Menunjukkan Pusat.
Hingga Tak Pedulikan Lagi Batasan Aurat.
Pakai Pulak Yang Singkat-Singkat.
Kadang-Kadang Ternampak Benda 'Bulat'.


Bila Jadi Macam Ini, Siapa Lihat Pasti Tercegat.
Silap Gaya Jadi Gawat, Bohsia Bohjan Lagi Hebat.
Duduk Jauh Berkirim Surat.
Bila Berjumpa, Tangan Berjabat.
Kemudian Pakat Lawan Peluk Siapa Erat.
Masa Tu, Nafas Naik Sampai Tersekat-Sekat.
Usah Peduli Agama Dan Adat.
Usah Takut Allah Dan Malaikat.
Yang Penting Apa Kita Nak Buat?
Kita 'Bukti' Lah Kita Buat.
Akhirnya Perut Kempis Dah Jadi Bulat.
Apabila Perut Kempis Dah Jadi Bulat, Maka Lahirlah Pula Anak-Anak Yang Tak Cukup Sifat.
Bila Anak-Anak Tak Cukup Sifat, Jam Tu Kita Tengok Bayi Dibuang Di Merata Tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia Kata Apa? Habis Manusia Dah Masuk Jerat.
Habis Manusia Telah Tersesat.
Inilah Dia Fenomena Masyarakat.
Oleh Itu Wahai Saudaraku Dan Para Sahabat,
Marilah Kita Pakat Mengingat,
Bahawa Dunia Hari Ini Makin Singkat,
Esok Atau Lusa Mungkin Kiamat,
Sampai Masa Kita Semua Akan Berangkat! .
Berangkat Menuju Ke Negeri Akhirat.


Di Sana Kita Akan Ditanya Apa Yang Kita Buat.
Masa Tu, Sindri Mau Ingat.


Umur Mu Banyak Mana Mu Buat Ibadat...?
Zaman Muda Mu, Apa Yang Telah Mu Buat...?
Harta Benda Anta, Dari Mana Anta Dapat...?
Ilmu Anta, Adakah Anta Manafaat...?

Semoga Ianya Dapat Mengingatkan Kita Supaya
Segera Meninggalkan Maksiat Dan Memperbanyakkan Ibadat.


Petikan Ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa

28.2.09

TANGISAN KEINSAFAN SEORANG PELAJAR



Sebagai pengenalan, ingin saya berkongsi sedikit pengalaman yang saya lalui 2 hari dulu iaitu 26&27 / feb/09. Saya telah mengikuti satu seminar perbandingan Agama di Kompleks Sri Iman Kuala Terengganu. Seminar 2 hari ini dianjurkan oleh Jabatan Dakwah,Fakulti Pengajian Kontemporari Islam,UDM idea Ustazah Salimah. Saya sangat suka dengan pemikiran ustazah yang sentiasa mengadakan program ilmiah yang berguna untuk pelajar. Ini program kedua yang dianjurkan. Seminar telah disampaikan oleh Brother Lim yang merupakan seorang kristian yang telah memeluk agama Islam selama 27 tahun gitu. Dan seorang lagi penyampai adalah Brother Amin. Dia merupakan seorang muslim yang sejarah hidup agak perit. Sejak kecil ibu bapanya telah bercerai. Ibu dan salah seorang adik-beradiknya telah berhijrah ke London tak silap. Tapi luar negaralah. Negara kristian. Dia begitu risau akan ibu dan salah seorang adik-beradiknya telah berhijrah itu bimbang murtad memeluk kristian. Sejak itulah Brother Amin ni kaji sepenuh hati tentang agama kristian. Seminar kali ni yang begitu menari bagi saya dan saya rasa kepada peserta lain ialah kami belajar kitab Bible. Mungkin semua terkejutkan? Ada ke kaji kitab bible? Nak sesat...? Itulah pemikiran segenap masyarakat mahupun mahasiswa yang tidak mengetahuinya. Contoh kawan saya punya mak iaitu Harith Dip Usuluddin sem 6 memberitahu ibunya hal ini. Terkejut ibunya.. Sebenarnyakan... kalau dikaji kitab bible ni, terserlah kebodohan kristian. Contohnya, adakah patut suruh tengok video lucah dengan niat mendidik diri menjauhinya. Cuba anda tengok video lucah terdidik ke... ? Pasti lepas ni tengok banyak2 kan..? Selain itu, program ni beri ilmu baru kepada pelajar yang mengikuti program ini. Mereka tahu ada dakwah bil hal, dakwah bil mal dll.
Salam ukhwah dan salam dakwah. Daripada saya mumtazulmuslim. Alhamdulillah bersyukur saya kepada Allah s.w.t kearana akhirnya dapat saya membuat blog saya sendiri. Saya sudah lama mengidam untuk membuat blog adalah kerana mahu menyampaikan mesej-mesej dakwah saya kepada masyarakat Islam mahupun bukan Islam. Insya-Allah. Selain itu, melalui blog ini akan saya berikan pendapat-pendapat saya ataupun fatwa saya tapi jangan ikut fatwa sebab saya bukan ulama, he2. Jika ada sebarang pandangan atau kritikan ahlan wasahlan.