27.6.09

MUSLIMAH PILIHAN HATI KU...

Muslimah Idaman Ana
Adalah Seorang Muslimah Yang Beriman
Yang Jiwanya Ditanam rasa Keizzahan Terhadap Islam
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Akan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Menyatakan Kebenaran
Yang Tidak Pernah Gentar Melawan Nafsu
Yang Sentiasa Bersama Srikandi –Srikandi Pejuang Agama Allah

Muslimah Idaman Ana
Adalah Muslimah Yang Menghormati Ibunya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Keluarga Dan Kedua Orang Tuanya
Yang Bakal Menjaga Kerukunan Rumah Tangga
Yang Bakal Menolong Suami Dalam Mendidik Anak-Anak Mendalami Islam
Yang Mengamalkan Hidup Dengan Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menuju Akhirat

Muslimah Idaman Ana
Sentiasa Bersedia Menjadi Ibu Mithali
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran
Dan Mencontohi Sifat Ummul-Mukminin
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan Berbicara
Yang Menjaga Matanya Daripada Berbelanja
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Muslimah Idaman Ana
Adalah Yang Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Banyak Membaca
Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangkit Subuhnya Penuh Kecergasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Muslimah Idaman Ana
Sentiasa Mengingati Mati
Yang Baginya Hidup Di Dunia Ladang Menuju Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibaja Dan Dijaga
Agar Berputik Tunas Yang Bakal Menjadi Baka Yang Baik
Demi Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Muslimah Idaman Ana
Adalah Muslimah Yang Tidak Terpesona Dengan Buaian Dunia
Kerana Ia Mimpikan Syurga
Disitulah Rumah Idamannya
Dan Dia Ingin Mendorong Ana Untuk Bersamanya
Dialah …Muslimah Idaman Ana..