2.3.09

Bisikan Iman Dalam Muhasabah Diri

Sekali sekala dalam tafakurmu,
Merenung dan muhasabah diri...
Kenalkanlah bisikan-bisikan yang berdesir di hatimu
Untuk dikenali punca dan penyakitnya,
Dan seterusnya untuk kau ubati.

Pasangkanlah telinga batinmu,
Dengarkanlah cetusan keluh kesah,
Ataukah kagum, bangga dan megah
Dan seribu satu kehendak dan rungutan,
Yang jarang merendahkan hatimu
Untuk sujud penuh kehambaan,
Ke hadrat Tuhan….

Inilah petanda jiwamu berpenyakit,
Dimamahi ulat-ulat mazmumah
Kerana hatimu kini dikuasai nafsu
Yang membusukkan hati,
Memburukkan perilaku.
Ubatlah ia dengan mujahadah,
Agar ia pulih ke tahap mahmudah.

Kemudian berusahalah memiliki iman,
Yang kau dituntut atasnya selepas Islam,
Akan terubatlah penyakitmu dengan kaedah:
"ketahuilah, bahawa dengan mengingati
Allah itu, hati akan menjadi tenang."
-Ar Raad : 28.
Lantaran iman itu ialah…
Punca tenaga, tempat lahirnya
Segala- gala yang kau perlukan dalam hidup,
Mencipta jua meletakkan jiwamu,
Dalam keadaan yang serba sempurna.

Imanlah sebenar-benar hartamu,
Yang akan memperkayakan jiwamu.
Hatimu, akan memandang dunia ini
Tepat pada hakikatnya:

Hanyalah bangkai….
Dan hiburan yang memperdayakan
Kau pastinya tidak akan merelakan,
Dirimu menjadi anjing pemburu.

Iman ialah kekuatan
Menjadikan kau optimis dengan takdir Tuhan,
Tidakkan pernah berputus asa,
Tidak mengenal erti kecewa.
Bahkan jiwa akan kebal menempuh rintangan
Bersemangat kental meneruskan perjuangan.
Takutmu hanya pada Allah jua
Atau apa-apa yang bakal mencacatkan
hubunganmu dengan Tuhan.

Maka dikala itu pula
Iman akan mendidikmu menjadi insan
Yang berakhlak mulia dan berhemah tinggi.
Tidak merelakan perlakuan mungkar,
Peka kepada kebajikan sekalipun sekadar
Membuang duri dari jalanan….

Iman jualah…
Sahabatmu yang karib lagi setia
Yang akan sentiasa bersamamu
Dalam suka ia akan mengingatkan…
"bersyukur dengan rahmat Tuhanmu…"
dalam duka, ialah penenang
"berserahlah kepada Allah, inilah tarbiah
tanda kasih-Nya dan penghapusan dosamu yang lalu."

Ia akan membimbingmu kepada
Kebahagiaan hidup yang engkau harap-harapkan,
Tiadakan tergugat, seberat manapun dugaan.
Segalanya tenggelam , dalam kemanisan rasa
Ujian bagimu adalah penyubur jiwa.
Bahkan mati sekalipun,
Adalah syarat untuk menemui cinta!
Lantaran bagi mukmin sejati
cintanya hanya untuk Tuhan dan
ujian dariNya adalah cenderamata percintaan.

Iman jualah yang bakal mengawalmu
Dari serangan musuh lahir dan batin.
Hati yang beriman akan bertawakal
Dengan bantuan Allah yang dijanjikan…
"sesungguhnya Allah beserta orang- orang yang beriman."
Ingatan-Nya pula dijadikan `guide line'
Dalam mengenal kawan atau lawan.
Hatimu akan sentiasa berwaspada
Dengan bisikan nafsu jahat yang penuh tipu daya

Ahli sufi sering bermadah:
Kiranya kau miliki iman, sesungguhnya kau
Telah memiliki segala – galanya pula…"

Dan dihujung tafakurmu nanti,
Akan kau temui untuk seterusnya dimengerti;
Imanlah yang akan memuliakan darjatmu
Selaku; khalifah Allah di muka bumi,
Bukan insan yang berperi kebinatangan
Yang mengotorkan bumi dengan kemungkaran.
Ya, hanya Iman Penyelamat…
Di hari kiamat, harta dan anak pinak
tidak berguna lagi, kecuali orang- orang yang
mengadap Allah dengan hati yang sejahtera
bersih dan beriman…"
- Asy Syua'ara 88-89


Daripada Madah Tuan Guruku
untuk daku meneruskan perjuangan fisabililah kepada anda semua.
Hidup ini hanya sementara...
Bersediakah kita untuk menemuiNya..
cukupkah amalan kita untuk dipersembahkan kepadaNya..

Kesemua jawapan ini adalah tersembunyi..
Keikhlasan kita adalah ukurannya
Hanya dengan RAHMATNYA dipersilakan kepada anda
masuk ke pintu syurga...
Kita adalah hamba...
Hamba wajib bertaqwa...
Dengan beribadah sepenuh masa.

Ya Allah Ya Tuhan ku..
Pimpinkanlah daku kejalan yang benar...
Dan peliharalah daku dari azab api neraka..
Maha Suci Tuhan..
Kepada Mu jua daku berserah...
Berusaha, Redho dan bertawakal.
Amin.

SEJAHAT MANA IBU BAPA WAJIB DITAATI

KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

HIDUP BERKAT JAUHI MAKSIAT


Di Dalam Hidup Manusia, Yang Penting Ialah BERKAT.
Bila Hidup Kita Berkat, Diri Ini Akan Selamat.
Apabila Diri Selamat, Rumahtangga Jadi Sepakat.
Apabila Rumahtangga Jadi Sepakat, Masyarakat Jadi Muafakat.
Apabila Masyarakat Jadi Muafakat, Negara Kita Menjadi Kuat.
Apabila Negara Menjadi Kuat, Negara Luar Jadi Hormat.
Apabila Negara Luar Jadi Hormat, Permusuhan Pun Tersekat.
Apabila Permusuhan Tersekat, Pembangunan Pun Meningkat.
Apabila Pembangunan Pun Meningkat, Kemajuan Menjadi Pesat.

TETAPI AWAS, Apabila Pembangunan Meningkat, Kemajuan Menjadi Pesat,
Kita Lihat Bangunan Naik Bertingkat-Tingkat.

Ditengah-Tengah Itu, Tempat Maksiat Tumbuh Macam Kulat.
Apabila Tempat-Tempat Maksiat Tumbuh Macam Kulat,
KETIKA ITU Manusia Mula Mengubah Tabiat.
Apabila Manusia Telah Mengubah Tabiat,
Ada Yang Jadi Lalat Ada Yang Jadi Ulat.
Apabila Manusia Dah Jadi Ulat, Sembahyang Makin Hari Makin Liat.
Apabila Sembahyang Jadi Liat, Orang Baik Ada Yang Bertukar Jadi Jahat.
Apabila Orang Baik Bertukar Jahat, Orang Miskin Pula Nak Kaya Cepat.
Apabila Orang Miskin Nak Kaya Cepat, Orang Tua Pula Nak Mati Lambat.
Apabila Orang Tua Nak Mati Lambat, Tak Dapat Minum Madu Telan Jer La Minyak Gamat.


Yang Lelaki, Budak Budak Muda Pakai Seluar Ketat.
Semua Nak Tunjuk Kuat.
Bila Berjudi, Percaya Unsur Kurafat.
Tapi Hidup Pula Yang Melarat.
Tali Kasut Dah Tak Berikat.
Rambut Pun Jarang Sikat.



Yang Perempuan, Pakai Mini Sekerat.
Suka Pakai Baju Ketat.
Suka Sangat Menunjukkan Pusat.
Hingga Tak Pedulikan Lagi Batasan Aurat.
Pakai Pulak Yang Singkat-Singkat.
Kadang-Kadang Ternampak Benda 'Bulat'.


Bila Jadi Macam Ini, Siapa Lihat Pasti Tercegat.
Silap Gaya Jadi Gawat, Bohsia Bohjan Lagi Hebat.
Duduk Jauh Berkirim Surat.
Bila Berjumpa, Tangan Berjabat.
Kemudian Pakat Lawan Peluk Siapa Erat.
Masa Tu, Nafas Naik Sampai Tersekat-Sekat.
Usah Peduli Agama Dan Adat.
Usah Takut Allah Dan Malaikat.
Yang Penting Apa Kita Nak Buat?
Kita 'Bukti' Lah Kita Buat.
Akhirnya Perut Kempis Dah Jadi Bulat.
Apabila Perut Kempis Dah Jadi Bulat, Maka Lahirlah Pula Anak-Anak Yang Tak Cukup Sifat.
Bila Anak-Anak Tak Cukup Sifat, Jam Tu Kita Tengok Bayi Dibuang Di Merata Tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia Kata Apa? Habis Manusia Dah Masuk Jerat.
Habis Manusia Telah Tersesat.
Inilah Dia Fenomena Masyarakat.
Oleh Itu Wahai Saudaraku Dan Para Sahabat,
Marilah Kita Pakat Mengingat,
Bahawa Dunia Hari Ini Makin Singkat,
Esok Atau Lusa Mungkin Kiamat,
Sampai Masa Kita Semua Akan Berangkat! .
Berangkat Menuju Ke Negeri Akhirat.


Di Sana Kita Akan Ditanya Apa Yang Kita Buat.
Masa Tu, Sindri Mau Ingat.


Umur Mu Banyak Mana Mu Buat Ibadat...?
Zaman Muda Mu, Apa Yang Telah Mu Buat...?
Harta Benda Anta, Dari Mana Anta Dapat...?
Ilmu Anta, Adakah Anta Manafaat...?

Semoga Ianya Dapat Mengingatkan Kita Supaya
Segera Meninggalkan Maksiat Dan Memperbanyakkan Ibadat.


Petikan Ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa