29.7.09

Sedikit Persoalan Mengenai Aurat Wanita Menurut Islam

BEBERAPA PERSOALAN TENTANG AURAT


SOALAN 1

Apakah hukumnya seorang wanita dan lelaki hanya menutup aurat ketika dalam kampus tetapi membuka aurat ketika tempat pusat membeli belah atau ke tempat perkelahan?

JAWAPAN

Hukumnya adalah haram apabila membuka aurat ketika di tempat pusat membeli belah atau ke tempat perkelahan walaupun mereka ke kampus dengan pakaian menutup aurat.Tuntutan menutup aurat tidak terhad kepada sesuatu tujuan dan suasana persekitaran.Seandainya seseorang menyedari tuntutan aurat semata-mata kerana Allah S.W.T maka fenomena “sekejap buka sekejap tutup”dapat dihindarkan.

SOALAN 2

Wajarkah seseorang wanita yang bertudung memasuki pusat hiburan,berdua-duaan,berpegang tangan dan membonceng motosikal dengan teman lelakinya?

JAWAPAN

Tidak wajar.Perbuatannya tetap mendapat dosa walaupun bertudung malah dia telah membawa fitnah kepada pakaian islam.Ada segelintir masyarakat yang menutup aurat tanpa menghayati tuntutan menutup aurat dalam erti kata sebenarnya.Kesedaran perlu diberikan kepada golongan ini bahawa menutup aurat merupakan perintah Allah S.W.T yang tidak bolah dipermainkan dan perlu diberi bimbingan supaya berakhlak mulia sesuai dengan hikmah perintah menutup aurat.Dengan itu kemanisan iman dapat dinikmati.

SOALAN 3

Apakah hukumnya seorang anak perempuan memakai pakaian T-shirt ketat dan singkat hingga menampakkan pusat dan perutnya hanya di dalam rumahnya yang terdapat keluarganya sahaja seperti ayah,adik beradik lelaki dan kakaknya?

JAWAPAN

Tidak dibenarkan oleh syariat Islam walaupun hanya di dalam rumah.Mengikut islam aurat wanita di hadapan ayah,adik beradik lelaki malah ibu dan saudara perempuannya ialah antara pusat dan lutut.Had aurat di hadapan bapa,abang,dan adik beradik lelaki juga perlu dipelihara sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam sebagai langkah pencegahan daripada berlakunya sumbang mahram.



Sesungguhnya bagi orang yang bertaqwa disediakan syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhanmu(Al-Qalam:34)

1 ulasan: